X
TANDAS bergerak yang ditempatkan di pusat saringan Covid-19, HSNZ. FOTO Ahnad Rabiul Zulkifli.
TANDAS bergerak yang ditempatkan di pusat saringan Covid-19, HSNZ. FOTO Ahnad Rabiul Zulkifli.
Ahmad Rabiul Zulkifli


MAJLIS Daerah Marang (MDM) menyediakan empat tandas bergerak di Pusat Saringan Covid-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Setiausaha MDM, Nor Nadia Zahira Zakaria berkata, kemudahan itu disediakan untuk semua petugas termasuk doktor dan jururawat di pusat saringan berkenaan.

“Walaupun hanya empat tandas disediakan namun kami yakin ia mencukupi bagi menampung keperluan petugas di pusat saringan berkenaan.

“Ia dapat memberi kemudahan kepada semua petugas barisan hadapan sepanjang menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, MDM juga menyediakan kemudahan khemah untuk HSNZ menempatkan sementara pesakit sebelum menjalani saringan Covid-19.

“Dua khemah bersaiz besar ditempatkan di perkarangan pusat berkenaan.

“Penyediaan kemudahan itu antara tanggungjawab sosial yang dihulurkan MDM,” katanya.

Menurutnya, MDM juga mengambil inisiatif memberi penangguhan sewa kepada 501 peniaga yang menyewa bangunan MDM di kawasan Marang.

“Penangguhan sewa diberikan selama dua bulan kepada semua penyewa susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sehingga 14 April.

“Kami selami kepayahan penyewa yang menghadapi kesukaran kerana tidak dibenarkan berniaga seperti biasa seterusnya memberi penangguhan bayaran sewa Mac dan April,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    h

  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 7:14 PM
    Digital NSTP Subscribe