GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


PEJABAT Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak sedang mengesan penumpang bas Arwana Ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Lumut, Perak pada 1 Mac lalu.

Mereka perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak dengan segera dipercayai bagi menjalani ujian saringan jangkitan Covid-19.

PKD Hilir Perak dalam kenyataan di Facebook rasmi, semalam, memaklumkan bas ekspres bernombor pendaftaran VM 2629 itu dilaporkan bertolak dari TBS pada 11.30 pagi.

Bas berkenaan dilaporkan turut berhenti di Hentian Duta, Teluk Intan dan Manjung sebelum hentian terakhir di Lumut.

Berikutan itu, semua penumpang bas terbabit diminta menghubungi Bilik Gerakan PKD Hilir Perak di talian 05-6224828.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 6:04 PM