Kedua tertuduh yang juga remaja berusia 19 dan 16 tahun sabit pertuduhan engkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika di bawa ke Mahkamah Magisterat Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Kedua tertuduh yang juga remaja berusia 19 dan 16 tahun sabit pertuduhan engkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika di bawa ke Mahkamah Magisterat Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


DUA remaja tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh, K Mithulesvaran, 19, yang bekerja sebagai kelindan lori dan rakannya berusia 16 tahun didakwa ingkar PKP apabila bergerak dari satu tempat ke tempat lain, menghalang tugas polis dan gagal menunjukkan MyKad ketika ditahan.

Perbuatan itu dilakukan mereka ketika ditahan polis peronda di kawasan sekitar Dataran Segar, Lukut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Peraturan 25(1)(n) PPN 1990.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Mithulesvaran dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,500 manakala rakannya yang juga pesalah juvana dikenakan ikat jamin RM2,400. Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 2:37 PM