ANGGOTA PPM Semporna selamat tiba di Pangkalan Hadapan PGU Kota Kinabalu, selepas selesai menerima rawatan di Hospital Tawau.FOTO Juwam Riduan
ANGGOTA PPM Semporna selamat tiba di Pangkalan Hadapan PGU Kota Kinabalu, selepas selesai menerima rawatan di Hospital Tawau.FOTO Juwam Riduan
Juwan Riduan

PASUKAN Polis Marin (PPM) bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa anggota PPM Semporna yang selesai menjalani rawatan pembedahan usus besar di Hospital Tawau.

Konstabel Samri Ghani, 28, berasal dari Kampung Inunam, Beaufort mula menerima rawatan di hospital itu 24 Mac lalu sehingga hari ini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, anggota terbabit berlepas pada 11.30 pagi tadi di Lapangan Terbang Tawau dengan menaiki pesawat Cessna Caravan CE208 PGU dan diiringi seorang pegawai PPM, dua pegawai PGU serta seorang anggota.

“Pada jam 1.30 petang, pesawat PGU dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) Kota Kinabalu dan terus ke Pangkalan Hadapan PGU Kota Kinabalu.

“Anggota terbabit dibawa kemudiannya dihantar ke kampung keluarganya untuk berehat bagi pemulihan diri,” katanya pada kenyataan.

Beliau berkata, walaupun sibuk dengan operasi Covid-19 namun kebajikan pegawai dan anggota PPM W4 Sabah tetap akan dibela.

“Terima kasih kepada PGU Sabah kerana membantu anggota PPM Semporna melalui penerbangan ihsan ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 7:34 PM