ANGGOTA Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima taklimat sebelum memulakan tugas di hangar UniKL MIAT Subang. FOTO ASYRAF HAMZAH
ANGGOTA Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima taklimat sebelum memulakan tugas di hangar UniKL MIAT Subang. FOTO ASYRAF HAMZAH
Nurul Hidayah Bahaudin


SERAMAI 120 pegawai Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia bagi menghulurkan bantuan termasuk membabitkan Covid-19 jika perkhidmatan mereka diperlukan pihak berkaitan.

Pegawai Memerintah Pangkalan Udara JBPM Subang Muhammad Saiful Nizam Samsuddin berkata, pihaknya memiliki tiga aset yang boleh digerakkan ketika ini bagi menghadapi sebarang bencana termasuk bantuan khas bagi Covid-19.

“Ketika ini, ketiga-tiga pesawat terbabit ditempatkan di Pangkalan Udara JBPM Subang.

“Persediaan lengkap bagi permasalahan Covid-19 sudah dirangka dan akan terus diaktifkan jika diperlukan,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Udara JBPM, Subang, hari ini.

Katanya, sehingga kini, pihaknya sudah melakukan penyelamatan perubatan dan pemadaman kebakaran hutan sepanjang tempoh PKP dijalankan.

“Bagi kebakaran hutan, ada beberapa lokasi terbabit iaitu Gunung Kenderong dan Kampung Pong, Gerik, Perak serta Bukit Teranas, Sik, Kedah,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 8:36 PM