GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


SERAMAI 378 individu menjalani hukuman penjara akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima pesalah yang melanggar PKP seramai 378 orang.

“Kami juga maklum kenyataan yang tular di WhatsApp dan beranggapan ia bertujuan untuk memberi pesanan serta nasihat kepada pihak luar, terutama keluarga agar sentiasa memantau pergerakan semasa PKP dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan peringatan daripada wadar penjara yang menerima pesalah PKP kategori juvana dan dewasa setiap hari.

Sehubungan itu, orang ramai dirayu menjaga anak mereka supaya tidak menjadi penghuni penjara.

MESEJ yang tular di WhatsApp
MESEJ yang tular di WhatsApp

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 6:21 PM