ANTAH Pharma Sdn Bhd menjelaskan tidak pernah mendakwa Defend tag, boleh menghalang Covid-19. FOTO tular media sosial
ANTAH Pharma Sdn Bhd menjelaskan tidak pernah mendakwa Defend tag, boleh menghalang Covid-19. FOTO tular media sosial
BERNAMA

ANTAH Pharma Sdn Bhd hari ini menjelaskan tidak pernah mendakwa produk keluarannya Defend tag, boleh menghalang penularan koronavirus baharu (Covid-19), mahupun sebagai alat menghalang jangkitan wabak itu.

Dalam satu kenyataan malam ini, Antah Pharma berkata, beberapa laporan di media sosial yang mendakwa produk itu boleh berbuat demikian, adalah salah dan mengelirukan.

Menurutnya Defend tag menggunakan teknologi inovatif yang digabungkan dengan keberkesanan klorin dioksida yang terbukti sebagai agen antimikrobial, menjadikannya berkesan terhadap banyak virus dan bakteria yang diketahui.

“Walaupun Defend tag direka untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap mikrob bawaan udara, namun ia bukan pengganti kepada penjagaan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan sabun dan air, menggunakan pensanitasi dan penutup mulut dan hidung, apabila perlu.

“Oleh kerana Covid-19 adalah coronavirus novel (koronavirus baharu), saintis di seluruh dunia masih menjalankan penyelidikan yang luas untuk memahami ciri virus itu.

“Setiap individu disaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang dan jarakan sosial,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 11:32 PM