ORng ramai beratur di luar bangunan ketika berurusan di sebuah bank di Bayan Baru di sini, pada Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan COVID-19. FOTO Danial Saad
ORng ramai beratur di luar bangunan ketika berurusan di sebuah bank di Bayan Baru di sini, pada Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan COVID-19. FOTO Danial Saad
Muhaamad Hafis Nawawi


CAJ pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) diberi pengecualian berkuatkuasa Isnin ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran di menerusi kaunter juruwang.

Menurutnya, melalui Kementerian Kewangan kerajaan memutuskan semua institusi perbankan akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS berkuatkuasa Isnin ini sehingga tempoh PKP tamat.

“Orang ramai tidak perlu berpusu-pusu ke bank untuk keluar wang namun jangan pula berpusu-pusu ke ATM kerana perlu ada penjarakan sosial yang perlu dipatuhi iaitu satu meter.

“Dari segi pengurusan bank, pihak kerajaan amat menggalakkan menggunakan perbankan dalam talian seperti untuk membuat pindahan wang dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 3:14 PM