GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Amanina Suhaini


SERAMAI 1,096 individu di seluruh negeri ini ditahan susulan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam saja, pihaknya menahan 44 individu berusia 20 hingga 58 tahun.

“Sehingga kini, 655 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu yang ingkar.

“Sehubungan itu, kerjasama semua pihak diharapkan untuk sentiasa berada di rumah seterusnya mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi talian 07-2212999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 1:29 PM