ANGGOTA polis dan DBKK menjalankan operasi bersepadu di kawasan SAFMA dan Pasar Besar Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan
ANGGOTA polis dan DBKK menjalankan operasi bersepadu di kawasan SAFMA dan Pasar Besar Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan


POLIS Kota Kinabalu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melancarkan operasi bersepadu dan pemantauan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di SAFMA dan Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Operasi yang digerakkan jam 4 pagi itu mensasarkan pemantauan terhadap penjaja tidak berlesen dan memastikan orang awam di pasar berkenaan mematuhi arahan PKP.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan seorang pegawai, 15 anggota polis dan seramai 15 penguat kuasa DBKK.

OPERASI bersepadu oleh polis dan DBKK di SAFMA dan Pasar Besar Kota Kinabalu.- FOTO Juwan Riduan
OPERASI bersepadu oleh polis dan DBKK di SAFMA dan Pasar Besar Kota Kinabalu.- FOTO Juwan Riduan

Katanya, sepanjang operasi ini, pihaknya turut menasihati orang awam supaya memastikan amalan jarak selamat satu meter selain menjaga kebersihan diri dan kawasan pasar.

"Setakat ini, pemantauan mendapati kebanyakan pembeli dan pemborong yang datang ke pasar ini mematuhi arahan dan pematuhan PKP.

"Namun, kita juga menegur penjaja yang tidak dibenarkan beroperasi untuk menghentikan perniagaan mereka ketika ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Habibi berkata, setakat ini, keadaan amat baik serta terkawal dan pematuhan orang awam terhadap arahan PKP juga menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

"Keadaan adalah baik dan terkawal sepanjang operasi dijalankan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 3:20 PM