Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.
Juwan Riduan


DUA pemilik kedai runcit ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila beroperasi selepas waktu dibenarkan di Jalan Meruntun Tombovo, Putatan di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 27 dan 44 tahun ditahan polis ketika menjalankan rondaan Op Covid, jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pemilik kedai runcit berkenaan gagal mengemukakan alasan yang munasabah untuk tidak menutup premis mengikut masa yang ditetapkan iaitu jam 6 petang.

“Turut ditahan seorang pelanggan berusia 44 tahun yang berada di dalam kedai kerana turut ingkar PKP,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

Siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 5:28 PM