GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


ENAM individu dikenakan kompaun RM1,000 seorang selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pasar raya di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, semua individu berusia 19 hingga 48 tahun itu ditahan pada 12.45 tengah hari.

“Antara kesalahan dilakukan seperti melanggar arahan penguat kuasa, masuk pasar raya beramai-ramai dan tidak mematuhi jarak sosial.

“Semua individu terbabit dikompaun mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semua individu itu diberi tempoh dua minggu dari tarikh dikompaun untuk menjelaskan kompaun itu.

Dalam pada itu, Agus Salim turut mengingatkan orang ramai khususnya penduduk daerah Sabak Bernam agar sentiasa mematuhi PKP.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka melanggar arahan PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2020 @ 3:02 PM