PENYERAHAN pelindung muka di Klinik Kesihatan Rembia, Melaka. FOTO NAZRI ABU BAKAR
PENYERAHAN pelindung muka di Klinik Kesihatan Rembia, Melaka. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar

POLITEKNIK Melaka (PMK) menghasilkan 20 unit pelindung muka menggunakan mesin pencetak tiga dimensi (3D) menerusi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di kampus terbabit.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMK terbabit, Azamri Kandari berkata, sebanyak 20 unit pelindung muka yang sudah siap diserahkan ke Klinik Kesihatan Rembia.

Menurutnya, projek berkenaan dikendalikan menerusi gabungan tiga pensyarah PMK, Ishak Ibrahim, Haizal Mohd Hamzah dan Saifulnizam Zakariah sekali gus sumbangan membantu barisan hadapan KKM menghadapi pengurusan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Katanya, projek terbabit turut mendapat sumbangan tenaga dalam kalangan kakitangan PMK bagi merealisasikan penghasilannya.

“Dalam situasi semasa sudah pasti semua pihak mahu membantu KKM memerangi wabak berkenaan, justeru dengan kemahiran yang ada ia antara sumbangan positif PMK kepada usaha terbabit.

“Apa yang diharap ia membantu pihak pengurusan dan barisan petugas kesihatan yang bertungkus-lumus dalam memastikan pesakit yang berdepan wabak penyakit ini dapat dibantu,” katanya.

Dalam pada itu, semua warga PMK juga berharap pandemik Covid-19 berkenaan akan berjaya diputuskan selepas fasa tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April depan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2020 @ 4:30 PM