GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


PEGUAM Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla mencadangkan kerajaan memanggil semula anggota keselamatan yang sudah bersara dan masih sihat di bawah umur 65 tahun dilantik sebagai pegawai atau anggota pengawal bagi mengendalikan sementara akademi penjara yang dijadikan pusat tahanan pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohamed Haniff berkata, ia bagi memastikan tiada gangguan terhadap pegawai atau anggota penjara sedia ada dan membebankan penyelenggaraan penjara biasa.

Menurutnya, mereka ini juga dapat mengenal pasti aktiviti bersesuaian dengan keadaan negara kini menghadapi Covid-19 dan PKP supaya dapat menyedarkan pesalah ingkar menjalani hukuman penjara di akademi itu mengenai pentingnya PKP.

“Antaranya khidmat menyediakan keperluan asas Covid -19 untuk barisan hadapan dan khidmat pengumpulan dan pembungkusan serta penghantaran barang makanan kepada barisan hadapan serta pusat kuarantin lain yang sedia ada.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas di atas tindakan segera kerajaan mewartakan penjara sementara ini supaya pesalah ingkar PKP dapat ditempatkan di situ bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 kepada mereka yang berada di penjara biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 6:52 PM