Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zubil Mat Som. FOTO arkib NSTP
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zubil Mat Som. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEBUAH kapal penyelidik China dilihat memasuki perairan negara, kira-kira 352 kilometer dari pesisir Malaysia dan Brunei.

Kapal Haiyang Dizhi 8 dilihat berada berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) perairan negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zubil Mat Som ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Betul, mereka (kapal China) berada di perairan Malaysia dan tugas kita kekal di kawasan berkenaan dengan memantau pergerakan mereka,” katanya.

Ketika ditanya berhubung lokasi sebenar kapal berkenaan berada, Mohd Zubil bagaimanapun enggan mendedahkan secara rasmi lokasi pencerobohan berkenaan.

“Kita tidak pasti tujuan mereka, tetapi mereka tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang,” katanya.

Kelmarin, kapal berkenaan dikesan berhampiran perairan Vietnam, didakwa cuba ambil kesempatan memperluaskan tuntutan sempadan maritim di Laut China Selatan tatkala dunia bergelut dengan krisis Covid-19.

Menurut laman sesawang Marine Traffic, kapal kajian seismik luar pesisir itu muncul kembali baru-baru ini pada jarak 158 kilometer dari Vietnam, iaitu berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), bersama sebuah kapal pengawal pantai China.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 9:49 PM