Senarai individu yang dikehendaki terbaru dikeluarkan ESSCOM di Lahad Datu hari ini. Foto Ihsan ESSCOM
Senarai individu yang dikehendaki terbaru dikeluarkan ESSCOM di Lahad Datu hari ini. Foto Ihsan ESSCOM
Juwan Riduan

KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terkini 21 warga asing yang dikehendaki kerana terbabit jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Senarai yang dikeluarkan itu termasuk tiga suspek baharu yang dikehendaki iaitu Ketua Jemaah 'Group Zamboanga De Nortr' Ustaz Mamay Aburi, Ketua Ajang-Ajang Group Basaron Arok dan ahli kumpulan 'Apo Mike' Alvin [email protected] Puti.

Mamay Aburi adalah antara yang turut terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota kastam di Semporna tahun lalu.

Arab Puti pula adalah antara yang terbabit dalam kes penculikan lima nelayan warga Indonesia di perairan Tambisan, Lahad Datu pada Januari lalu.

Sementara itu, dalam senarai berkenaan turut disertakan nama pemimpin Abu Sayyaf iaitu Salip Mura dan Hatip Hajan Sawadjaan.

Selain itu, individu disyaki bertanggungjawab memenggal kepala warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang dikenali sebagai Idang Susukan turut berada dalam senarai dikehendaki.

Bernard Then adalah mangsa yang diculik di sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei 2015.

Antara nama lain yang disenaraikan ESSCOM ialah Apo [email protected] Sahidjuan, Al Munjir Yadah, Raden Abuh, [email protected] Asiri, [email protected], Hamsan [email protected] Cobra, Sabri [email protected] Jul, Ben Tatoh Quirino, Titing [email protected] Panday, [email protected] Hasan, Jul Aksan [email protected], [email protected], Long Sahirin, Halip Ibrahim serta Haibin [email protected] Kuhambo.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, semua 21 suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah.

Menurutnya, semua individu terbabit dikenal pasti aktif merancang jenayah sepanjang tahun lalu dan dipercayai masih aktif sehingga kini.

"Semua individu ini dikehendaki bagi membantu siasatan kes di pantai timur Sabah.

"Namun usaha mengesan aktiviti penculikan di perairan ESSZONE ini sukar dan boleh disifatkan sebagai permainan tikus dengan kucing. Mereka (suspek) tunggu peluang sambil bersembunyi," katanya ketika dihubungi di Lahad Datu hari ini.

Hazani berkata, senarai terkini itu dikeluarkan selepas pihaknya menjalankan siasatan termasuk mendapat pengesahan pasukan keselamatan Filipina.

Katanya, orang ramai yang mempunyai menyalurkan maklumat berkaitan dengan individu disenaraikan itu, boleh menghubungi Bilik Gerakan Esscom di talian 089- 863181 atau WhatsApp, 013-8803585 atau 019-2305909.

"ESSCOM akan bekerjasama dengan tentera keselamatan Filipina untuk membantu mengesan semua suspek terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 3:55 PM