Nurul Hidayah Bahaudin


SEBUAH lori tangki membawa muatan diesel musnah terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 35.8 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala Shah Alam, di Subang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.34 tengah hari.

"Seramai 17 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang, BBP Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

LORI tangki membawa muatan minyak musnah akibat kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 35.8 Lebuhraya KESAS menghala Shah Alam, Subang.
LORI tangki membawa muatan minyak musnah akibat kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 35.8 Lebuhraya KESAS menghala Shah Alam, Subang.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan 20,000 diesel.

"Kenderaan itu dipercayai terbabit kemalangan menyebabkannya terbalik sebelum terbakar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira satu jam kemudian.

"Pemandu lori berjaya menyelamatkan diri, namun difahamkan dia mengalami kecederaan akibat kemalangan itu dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 5:28 PM