ANTARA kenderaan yang terkandas di Lebuh Wadi Ehsan di Desa Pinggiran Putra menghala ke PICC akibat banjir kilat.
ANTARA kenderaan yang terkandas di Lebuh Wadi Ehsan di Desa Pinggiran Putra menghala ke PICC akibat banjir kilat.
Noor Atiqah Sulaiman


SANGGUP berhempas- pulas menolak hampir 10 kenderaan yang tersadai di dalam banjir ketika menghampiri waktu berbuka puasa.

Itu tindakan seorang pegawai dan lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang dan Putrajaya susulan kejadian banjir di Lebuh Wadi Ehsan berhampiran Desa Pinggiran Putra menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Hujan lebat lebih dua jam kelmarin turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih dua kilometer.

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima laporan kes banjir itu sekitar jam 5.22 petang sebelum tiba di tiba di lokasi 20 minit kemudian.

"Setibanya di sana, anggota APM segera membantu menolak beberapa kenderaan yang tersangkut dan rosak di dalam banjir.

ANGGOTA APM bertugas menolak kenderaan yang rosak di dalam banjir
ANGGOTA APM bertugas menolak kenderaan yang rosak di dalam banjir

"Kebanyakan pemandu kenderaan itu cuba mengharungi banjir sedalam lebih 0.5 meter itu menyebabkan kenderaan masing-masing terperangkap di dalam banjir," katanya.

Katanya, dalam masa sama, beberapa anggota APM turut membantu mengawal lalu lintas dan memastikan kenderaan lain tidak melalui lokasi berisiko itu.

"Kami berjaya menyelesaikan masalah itu dan mengeluarkan kenderaan yang sangkut di dalam banjir kira-kira jam 7.51 malam.

"Mujur ada orang awam yang memberikan sumbangan makanan untuk kami berbuka puasa di lokasi kejadian. Terima kasih atas keprihatinan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2020 @ 6:00 AM