ANGGOTA APM bersama penternak menyelamatkan lembu yang terperangkap dalam telaga. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM bersama penternak menyelamatkan lembu yang terperangkap dalam telaga. FOTO Ihsan APM.
Zuliaty Zulkiffli


LEMBU baka Brahman seberat 100 kilogram yang terjatuh dalam telaga di Kampung Yoi, Pokok Sena, Alor Setar diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Lembu jantan itu dikatakan terperangkap dalam telaga sedalam tiga meter, 8.30 malam semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.47 malam daripada pemilik ternakan itu sebelum empat anggotanya tiba di lokasi pada 9.11 malam.

"Anggota kami dibantu pemilik lembu itu mengambil masa 45 minit untuk menarik lembu itu keluar menggunakan tali.

"Lembu selamat, namun lemah kerana terperangkap lama dalam telaga yang sempit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya bersedia dalam apa jua situasi untuk membantu masyarakat termasuk ketika musim perayaan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 9:31 AM