Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


TIGA pemilik rumah dikenakan kompaun kerana membenarkan aktiviti ziarah di hari kedua Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata dalam operasi diadakan pihaknya bersama anggota Majlis Perbandaran Taiping (MPT) petang semalam, majoriti dikompaun memberi alasan tidak tahu mengenai larangan.

"Dalam operasi itu tiga rumah di Bukit Jana, Kamunting diserbu berikutan melakukan kesalahan melanggar arahan kerana membenarkan aktiviti ziarah menziarahi di hari raya kedua semalam.

"Majoriti pemilik rumah atau masyarakat memberi alasan tidak mengetahui SOP dan larangan berkenaan dan pihak polis mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik rumah tersebut," katanya dihubungi.

Dalam perkembangan lain, Osman berkata 44 notis kompaun dikeluarkan pihaknya dalam beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di Taiping bermula 22 Mei sehingga jam 4 petang tadi.

Menurutnya notis kompaun itu dikeluarkan pihaknya berikutan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tambahnya majoriti yang dikompaun adalah individu menaiki sebuah kenderaan namun tidak mempunyai sebarangan hubungan kekeluargaan atau tidak tinggal serumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 7:29 PM
Pihak polis menjalankan pemeriksaan dalam SJR di Kampung Dew, Taiping. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Pihak polis menjalankan pemeriksaan dalam SJR di Kampung Dew, Taiping. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI