X
LAPORAN portal Harian Metro
LAPORAN portal Harian Metro
Muhaamad Hafis Nawawi


PEMANDU pacuan empat roda Toyota Hilux dan teman wanitanya yang melanggar dua lelaki di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 22 Mei lalu, dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Baru esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, wanita warga Myanmar berusia 25 tahun dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.

Terdahulu, terdapat beberapa rakaman video memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek ke arah kenderaan itu yang dipandu secara melulu tular di media sosial.

Rakaman video itu turut memaparkan kenderaan terbabit merempuh gerai makanan di kawasan terbabit.

Berita berkaitan

Mengamuk langgar lima orang awam, gerai

Pemandu mabuk buat hal lagi [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 10:17 PM