LEBARAN tahun ini nyata berbeza tanpa pulang ke kampung, ziarah menziarahi dan rumah terbuka disebabkan pandemik Covid-19.

Namun, raya tetap raya!

Suasana Aidilfitri yang penuh kemeriahan dan kegembiraan masih boleh dirasai dengan pelbagai cara tersendiri walaupun berjauhan.

Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan sambungan internet, berinteraksi menerusi panggilan telefon dan video beramai-ramai pasti menceriakan pagi Aidilfitri.

Kiriman mesej bergambar juga nyata mengubat kerinduan yang sudah lama terpendam.

Apa yang pasti, anda tidak perlu risau memastikan penjarakan sosial tetap dipatuhi atau sentiasa memakai pelitup muka setiap masa.

Menambahkan keceriaan Aidilfitri yang unik itu selain terus melaksanakan peranan untuk memutuskan rantaian Covid-19, Celcom menawarkan peluang memenangi barangan keperluan harian percuma selama setahun daripada jumlah wang terkumpul bernilai RM500,000. Semua ini khusus buat pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom.

Untuk merebut peluang memenangi hadiah menarik sekali gus menggandakan kegembiraan Aidilfitri yang berbeza dan unik ini cukup mudah.

Tidak hanya perlu memiliki aplikasi Celcom Life dan Boost, pelanggan Celcom juga hanya perlu melakukan transaksi seperti membeli pas internet, mendaftar pelan baharu atau membayar bil.

Semua urus niaga itu juga boleh dilakukan secara dalam talian atau di mana-mana cawangan bluecube Celcom dan wakil Celcom yang sah.

Sepanjang tempoh peraduan iaitu dari 12 Mei hingga 31 Julai, semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang untuk menang. Menarik bukan!

Makin banyak transaksi, makin besar peluang untuk menang. Pastinya, mengetahui sama ada diri adalah pemenang adalah satu kewajiban. Jadi, tetap aktif bersama aplikasi Celcom Life kerana senarai pemenang akan diumumkan di dalam aplikasi itu.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang dikumpulkan setiap minggu (Isnin hingga Ahad) untuk Hadiah Mingguan dan setiap bulan (Mei, Jun dan Julai) untuk hadiah kategori satu tahun.

Pemenang mingguan akan menikmati kredit runcit bernilai RM100 manakala pemenang kategori satu tahun akan menerima kredit runcit RM1,000 selama 12 bulan berturut-turut dalam aplikasi Boost.

Bagi memastikan pemenang mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam menebus barang runcit/keperluan asas di seluruh negara, pemenang akan mendapatkan kredit e-dompet Boost di akaun Boost mereka.

Selain itu, Celcom juga menawarkan akses tanpa had ke WhatsApp secara percuma sehingga 30 Jun dan aplikasi Microsoft Office 365 sehingga 9 Jun bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya tahun ini.

Bukan itu saja, mulai 12 Mei hingga 30 Jun ini juga, pelanggan Celcom juga boleh menikmati akses percuma tanpa had ke MuslimPro, iaitu aplikasi mudah alih Islam dengan kandungan waktu solat yang tepat, jam azan, al-Quran audio penuh, panduan restoran dan masjid Halal, pencari arah kiblat serta calendar Hijriah Islam. Ia tersedia di App Store (iPhone), Google Play (Android), BlackBerry World atau laman web rasminya di https://muslimpro.com/

Maklumat lanjut layari https://www.celcom.com.my/personal/ramadan-raya-2020

https://www.celcom.com.my/personal/ramadan-raya-2020/promotions#freegroc...

#RAYATETAPBERSAMA #STAYSAFE

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 10:29 AM