GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP


SERAMAI 17,588 pengembara termasuk pelancong, pelajar dan pekerja yang masuk melalui pintu antarabangsa di Johor di kuarantin sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, mereka diletakkan di 32 pusat kuarantin.

Katanya, setakat hari ini tiada kes pelanggaran atau ingkar kuarantin direkodkan di negeri ini.

"Setiap orang yang dikuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Di Johor, seramai 5,140 individu diberikan perintah pengawasan dan pemantauan di rumah sebelum penguatkuasaan pengawasan dan pemerhatian di stesen kuarantin pada 8 April lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaporkan satu kes baharu di Johor yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Johor 675 kes.

Daripada jumlah itu, 29 kes adalah kes aktif, dan tiada kes kematian baru direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 2:07 PM