X
M Hifzuddin Ikhsan


TIGA Pegawai Undang-Undang Pulau Pinang termasuk seorang ketua jabatan direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM500,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas mendapat permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping.

Suspek pertama berusia 42 tahun direman enam hari dan dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

TIGA pegawai undang-undnag Pulau Pinang ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman, hari ini. FOTO Amran Hamid.
TIGA pegawai undang-undnag Pulau Pinang ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman, hari ini. FOTO Amran Hamid.

Semalam, SPRM Kedah menahan tiga suspek berkenaan di Pulau Pinang dan di Pejabat SPRM Kedah selepas mereka dipercayai meminta wang rasuah berjumlah RM500,000 dan menerima wang RM100,000.

Wang itu sebagai sogokan bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan seorang individu awam dituduh di mahkamah.

Pengarah SPRM yang melakukan pemeriksaan di kediaman dan pejabat ketiga-tiga suspek semalam, turut menemui sejumlah wang.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap dalam kenyataan meminta orang ramai yang menjadi mangsa kegiatan berkenaan tampil bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan:

  • Tiga pegawai undang-undang minta RM500,000 ditahan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 12:57 PM