Pengunjung sebuah kelab hiburan di Dataran Sunway, Kota Damansara, terkedu selepas premis itu diserbu polis malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
Pengunjung sebuah kelab hiburan di Dataran Sunway, Kota Damansara, terkedu selepas premis itu diserbu polis malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
Ekhwan Haque Fazlul Haque


PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya terkedu selepas premis itu diserbu polis malam tadi.

Serbuan jam 8.45 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, salam serbuan itu seramai 45 warga tempatan masing-masing 31 lelaki dan 15 wanita ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dalam serbuan sama polis turut menahan seorang lelaki kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

"Dalam serbuan sama, lapan warga asing yang bekerja sebagai pelayan turut ditahan kerana melanggar visa pelancong dan bekerja di negara ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, semua yang ditahan berusia 19 hingga 51 tahun.

Tambahnya, semua warga tempatan ditahan dikompaun RM1,000 seorang kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Katanya, warga asing yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Dalam serbuan sama juga polis merampas wang tunai berjumlah RM3,550," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 3:46 PM