DATUK Yusran Shah Mohd Yusof. FOTO Bernama
DATUK Yusran Shah Mohd Yusof. FOTO Bernama
Samadi Ahmad


DATUK Yusran Shah Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menggantikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas yang yang bersara wajib.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan pelantikan Yusran, 51, berkuat kuasa hari ini.

Beliau memaklumkan, Yusran Shah berkelulusan Ijazah SarjanaMuda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari Universiti Antarabangsa Jepun.

Yusran Shah berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, pembangunan sumber manusia dan keselamatan termasuk pernah menjawat Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dengan jawatan pertama yang disandangadalah sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Januari 1995.

"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat melaksanakan tanggungjawab di KPM dengan sebaiknya bagi memastikan sistem pendidikan yang bermutu serta membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dapat dilestarikan.

"Saya bagi pihak Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan danterima kasih kepada Mohd Gazali atas jasa dan khidmatbakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 34 tahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 11:24 AM