ULAR rusuk kerbau yang ditangkap di ruang menunggu HGM. FOTO ihsan APM
ULAR rusuk kerbau yang ditangkap di ruang menunggu HGM. FOTO ihsan APM
Ramli Ibrahim


ORANG ramai dan kakitangan Hospital Gua Musang (HGM) gempar apabila ular rusuk kerbau masuk di ruang menunggu hospital malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.40 malam.

Katanya, tiga anggota bergegas ke lokasi dan menemui ular susuk kerbau di ruang menunggu hospital.

Menurutnya, anggota mengambil masa 20 minit menangkap ular itu dengan menggunakan alat khas.

"Ular itu serahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 11:39 AM