Arwah Datuk Mohamad Noordin Awang, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian. FOTO Ihsan Keluarga
Arwah Datuk Mohamad Noordin Awang, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian. FOTO Ihsan Keluarga
Hazira Ahmad Zaidi


KETUA UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohamad Noordin Awang, 69, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kota, Kota Bharu, 7.15 malam tadi.

Anak sulung arwah, Mohd Hafizal Mufti Mohamad Noordin, 39, berkata, arwah ayahnya menderita penyakit kanser paru-paru sejak setahun lalu.

"Bagaimanapun, sejak dua bulan lalu, keadaan arwah ayah semakin merosot disebabkan penyakit yang dihidapi.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota pada 6.30 pagi esok ," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Allahyarham adalah mantan Setiausaha UMNO Negeri Kelantan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan juga Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 11:57 PM