PENGUNDI di Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Felda Chini 3. FOTO Farizul Hafiz Awang
PENGUNDI di Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Felda Chini 3. FOTO Farizul Hafiz Awang
Shahrinnahar Latib

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang berlangsung cukup tenang dan aman.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, beliau berpuas hati dengan suasana pengundian yang kelihatan berjalan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga pusat mengundi ditutup.

"Dari pemerhatian saya, tiada sebarang gangguan atau halangan yang boleh menghalang pengundi dari menjalankan tanggungjawab mereka.

"Saya juga mendapati kehadiran pengundi begitu memuaskan dan berharap dengan cuaca yang baik ini, malah para pengundi juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan melawat pusat pengundian di Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Chini 3 di Pekan, hari ini.

Beliau berkata, SPR berharap suasana tenang ini akan berterusan sehingga pusat pengundian ditutup 5.30 petang ini dan menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi.

Dalam pada itu beliau berkata, SOP yang digunakan pada PRK Chini ini akan ditambah baik untuk digunakan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Kita akan membuat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membaiki lagi SOP yang ada supaya pada PRU nanti ia lebih kemas," katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRK DUN Chini

  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 12:36 PM