MUHYIDDIN ketika berucap dalam perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
MUHYIDDIN ketika berucap dalam perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Rafidah Mat Ruzki


KETUA Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali bakal menjadi peneraju utama yang memudah cara antara agensi kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan sewajarnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ia susulan ketika ini penjawat awam berdepan cabaran menawarkan perkhidmatan berikutan perubahan situasi semasa kerana penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan banyak sektor.

Katanya, ada amalan yang selama ini diguna pakai sejak sekian lama sudah tidak lagi sesuai dengan situasi semasa selain usaha ini bagi membolehkan sebarang isu berbangkit terutama membabitkan audit dapat diputuskan secara rasmi.

"Maka, untuk memastikan kita kembali seperti sedia kala, dalam situasi normal baharu atau norma baharu, itu memerlukan satu tindakan yang lebih tersusun, yang lebih terancang, yang lebih teratur dengan dokongan setiap peringkat terutama dalam pentadbiran kerajaan, kerana kitalah pembekal perkhidmatan yang terbesar di negara kita.

"Perkhidmatan kita ini diperlukan semua pihak termasuk sektor ekonomi yang terjejas teruk. Apa peranan kita?

"Peranan kita ialah untuk 'facilitate' (memudahkan), not to frustrate (bukan untuk mengecewakan)," katanya pada Perhimpunan Bulanan pertamanya di Dataran Perdana di Putrajaya, pagi ini.

Selepas empat bulan menerajui negara, hari ini buat pertama kali Perdana Menteri menghadiri Perjumpaan dengan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19.

Berita berkaitan:

  • Perjumpaan pertama Muhyiddin, warga JPM selepas PKP
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 10:14 AM