Hasni Mohammad (dua dari kiri) menyempurnakan Majlis Cabutan Bertuah pembayar cukai tanah di Bangunan Dato'Jaafar Muhammad di sini. FOTO IHSAN PEJ MB
Hasni Mohammad (dua dari kiri) menyempurnakan Majlis Cabutan Bertuah pembayar cukai tanah di Bangunan Dato'Jaafar Muhammad di sini. FOTO IHSAN PEJ MB
Omar Ahmad


KERAJAAN Johor menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menganjurkan cabutan bertuah sebagai satu inisiatif menggalakkan dan menghargai pembayar cukai tanah melunaskan tanggungjawab mereka secara dalam talian.

Pengarah PTG Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir berkata, kempen cabutan bertuah bagi pembayar cukai tanah dalam talian itu sudah diadakan sejak 2015.

Katanya, pada tahun ini, pihaknya menganjurkan majlis cabutan bertuah bagi cabutan utama yang akan diadakan sebanyak dua kali iaitu semalam dan September depan.

"Pembayar yang layak ialah mereka yang membuat bayaran cukai tanah bermula 12 Januari hingga 15 Jun 2020.

"Jumlah kutipan cukai tanah dalam talian yang diterima PTG Johor bermula 12 Januari hingga semalam (kelmarin) sebanyak RM29,906,344.66 melibatkan 83,791 hak milik," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Majlis cabutan bertuah itu disempurnakan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di Johor Bahru, hari ini.

Pada majlis cabutan itu, tiga pembayar cukai tanah dalam talian diumumkan sebagai pemenang.

Mereka ialah Fang See Ting dari Johor Bahru yang memenangi motosikal Modenas serta Mordziakon Husnan dan Wong Foo Eng masing-masing menerima sebuah televisyen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 5:52 PM