LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


PENSYARAH yang juga pengasas kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul doktor pelatih lelaki pada November tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek lelaki berusia 56 tahun itu ditahan petang hari ini.

"Suspek yang berkerusi roda dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah dirakam percakapan dan akan diberi jamin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pihak polis sedang menyiasat berhubung kes itu selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun, 17 Februari lalu.

Menurut laporan mangsa, dia dicabul pensyarah itu di dalam bilik pejabat suspek di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 12 tengah hari, 4 November tahun lalu.

Berita berkaitan

Polis siasat dakwaan doktor pelatih dicabul pensyarah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 8:08 PM