ANGGOTA bomba menutup mayat lelaki yang maut selepas terjatuh dari pokok petai. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menutup mayat lelaki yang maut selepas terjatuh dari pokok petai. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari


LELAKI maut selepas terjatuh dari pokok petai di hutan berhampiran Kampung Temin, Ulu Kinta, Ipoh, semalam.

Mangsa, Jawahir Pandak, 45, disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas kesihatan yang tiba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan daripada polis jam 11.26 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian bergerak menaiki bukit yang cerun dan licin dianggarkan sejauh 4.6 kilometer.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di sebelah pokok petai," katanya ketika dihubungi.

Katanya, anggota bertindak membawa mangsa turun dan menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada 3.15 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 11:23 AM