Keadaan kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk selepas merempuh pagar masjid di Bukit Mertajam pagi hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Keadaan kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk selepas merempuh pagar masjid di Bukit Mertajam pagi hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Audrey Dermawan

LELAKI dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam, pagi hari ini.

Dia yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan dalam kejadian pada 2.30 pagi itu serta dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, lelaki itu memandu kereta di laluan lurus sebelum kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbabas serta merempuh pagar masjid.

"Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian, dia memandu di bawah pengaruh alkohol dan ujian saringan awal air kencing dilakukan pula mendapatinya negatif dadah," katanya.

Menurutnya, bahagian hadapan kereta itu rosak teruk dan cermin hadapannya pecah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 5:16 PM