KEADAAN motosikal yang hangus. FOTO Ihsan Bomba.
KEADAAN motosikal yang hangus. FOTO Ihsan Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


EMPAT motosikal yang diletakkan di tempat letak motosikal di sebuah rumah teres di Taman Castlefield Sri Petaling, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, awal pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.32 pagi.

"Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati empat motosikal terbakar dan kebakaran sudah dipadamkan orang awam sebelum pihak bomba sampai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan empat motosikal terbabit musnah kira-kira 80 peratus.

"Api padam sepenuhnya pada 1.52 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 9:58 AM