Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS sudah mengenal pasti lelaki warga Pakistan yang memukul pengawal keselamatan di tempat letak kereta yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya akan melakukan tangkapan terhadap suspek dalam masa terdekat.

Portal Harian Metro semalam melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian terbabit.

Rajab dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati klip video berdurasi 44 saat itu bertarikh 7 Julai lalu.

Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Wangsa Maju.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Berita berkaitan:

  • Lelaki Pakistan pukul pengawal keselamatan diburu
  • 'You mari sini cari kerja ke cari masalah'
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 5:24 PM