Lelaki yang cederamelecur diberi rawatan awal oleh anggota bomba selepas membakar dirinya di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru hari ini. Foto Ihsan JBPM
Lelaki yang cederamelecur diberi rawatan awal oleh anggota bomba selepas membakar dirinya di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru hari ini. Foto Ihsan JBPM
Nurul Amanina Suhaini

LELAKI melecur selepas dipercayai membakar dirinya dalam kejadian di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh, Johor Bharu hari ini.

Bagaimanapun, keprihatinan orang awam selain kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan lelaki itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafie Sareng berkata, 11 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera serta sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 7.40 malam.

"Setibanya di lokasi kejadian, api sudah dipadamkan oleh orang awam dan mangsa didapati melecur tahap satu kira-kira 60 peratus badan.

"Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rafie berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.53 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 10:19 PM