X
LELAKI patah kaki kiri akibat tersepit dalam kren yang terbalik. FOTO Ihsan Bomba.
LELAKI patah kaki kiri akibat tersepit dalam kren yang terbalik. FOTO Ihsan Bomba.
Raja Noraina Raja Rahim


PEMANDU kren menanggung kesakitan lebih dua jam selepas tersepit di dalam kren yang terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa berusia 28 tahun patah kaki kiri sebelum diselamatkan sepasukan bomba.

Komander Operasi Kanan JBPM, Imam Bukhari Susami berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian jam 7.54 pagi.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Bandar Tun Razak dengan kekuatan 21 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.

"Sebaik tiba kita dapati sebuah kren model Kobelco 26 tan terbalik menyebabkan seorang mangsa lelaki tempatan terperangkap dan tersepit.

"Anggota segera melakukan kerja-kerja penyelamatan dan berjaya mengeluarkan mangsa pada 9.50 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 11:20 AM