PETA kawasan PRK DUN N58, Slim Perak. FOTO arkib NSTP
PETA kawasan PRK DUN N58, Slim Perak. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


CALON daripada parti baharu ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Slim 29 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir berkata, sementara menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, pihaknya akan bertanding sebagai calon bebas.

"Sementara kita sedang dalam proses itu, kita akan bertanding di PRK Slim sebagai calon bebas," katanya.

Terdahulu, Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini.

Katanya, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana di awal penubuhannya dulu.

Berita berkaitan:

  • Mukhriz presiden, 3 Adun Selangor sokong parti baharu: Tun M
  • Tun M tubuh parti baharu
  • Lagi berita berkaitan PRK Slim
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 5:08 PM