GAMBAR hiasan. FOTO Aizuddin Saad
GAMBAR hiasan. FOTO Aizuddin Saad
BERNAMA

PUSAT Darah Negara (PDN) meminta orang ramai, khususnya yang mempunyai darah kumpulan A dan B agar tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu.

PDN dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan perkembangan situasi Covid 19 dalam negara ketika ini, bekalan darah semakin diperlukan dan derma darah secara berkala amat penting bagi menampung keperluan darah setiap hari.

"Jalankan tanggungjawab sosial anda bagi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan. Mereka yang berminat boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan PDN melalui pautan dilaman ini atau ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya," menurut kenyataan itu.

PDN di Jalan Tun Razak beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam, manakala Sabtu dan Ahad pada 8 pagi hingga 6 petang.

Waktu operasi di Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall pula adalah dari Isnin hingga Ahad (10 pagi hingga 9 malam dan Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri (Isnin hingga Ahad bermula dari 10 pagi hingga 6 petang).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 6:24 PM