KEMALANGAN yang seorang patah kaki dan tiga cedera di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim. FOTO Ihsan Bomba.
KEMALANGAN yang seorang patah kaki dan tiga cedera di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim. FOTO Ihsan Bomba.
Zuliaty Zulkiffli


LELAKI patah kaki, manakala tiga lagi cedera termasuk dua tentera selepas terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Jitra hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 4.02 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Che Kob Che Dan tiba di lokasi pada 4.11 petang mendapati dua mangsa tersepit dalam Perodua Myvi.

"Mangsa dikeluarkan anggota dan pemandu kereta yang mengalami patah kaki dihantar ke hospital dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

"Dua tentera yang menunggang motosikal, bertugas di Kem Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, cedera dan dihantar ke hospital sama dengan kenderaan EMRS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu penumpang kereta iaitu wanita cedera ringan, namun tidak dihantar ke hospital. Sementara tentera berkenaan bertugas .

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 7:08 PM