GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Adnan Ibrahim


Kluang: Golongan usahawan diminta mendaftarkan perniagaan masing-masing bagi membolehkan kerajaan negeri membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber negeri Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata, ketika ini pihaknya tidak mempunyai data yang tepat mengenai jumlah usahawan khususnya mereka yang terjejas selepas penularan wabak maut itu.

"Keadaan ini menyukarkan kami untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri bagi membantu mereka membangunkan semula perniagaan masing-masing.

"Jadi, saya amat berharap mereka berbuat demikian supaya bantuan kerajaan sampai kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Seminar Grow Perunding Hartanah Bumiputra Daerah Kluang dan Pelancaran Kelab Pelaburan Harta Tanah Bumiputra Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, sudah banyak cara dilakukan pihaknya supaya usahawan mendaftarkan perniagaan mereka, tetapi masih kurang mendapat sambutan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 5:46 PM