ANGGOTA bomba menyelamatkan warga emas yang terjatuh. FOTO ihsan JBPM
ANGGOTA bomba menyelamatkan warga emas yang terjatuh. FOTO ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lelaki warga emas tersangkut pada besi di tingkat satu selepas terjatuh dari tingkat empat di Wisma Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 2.12 petang.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Idham Ibrahim berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi didapati seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun terjatuh dari tingkat empat dan mangsa tersangkut pada besi di tingkat satu.

"Mangsa selamat dibawa turun pada 2.48 petang sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk diberi rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 5:54 PM