Rozita Che Wan
Rozita Che Wan

Kuala Lumpur: Selepas enam bulan beroperasi, perkhidmatan perniagaan dalam talian AsasiMall buat kali pertama menjalinkan kerjasama dengan artis popular tanah air seperti Rozita Che Wan, Scha Ellinea dan Aidit Noh dalam sebuah karnival jualan hebat.

Karnival jualan Superwomen Sale berlangsung di Pusat Komersial LGSB off Jalan Hospital, Sungai Buloh bermula jam 10 pagi hingga 8 malam selama tiga hari pada 25 hingga 27 September ini.

AsasiMall yang diuruskan pemilik rumah produksi Zeel Production yang juga penerbit terkenal Fadzil Teh atau Haji Zeel juga optimis dengan karnival yang bakal berlangsung itu.

"Ini kali pertama kami mengikuti jualan atau karnival seumpama itu. Selama beroperasi teras kami lebih kepada dalam talian. Tapi sesekali kami tidak kisah turut serta dalam acara 'on ground'.

"Insya Allah selama karnival jualan berlangsung, pihak AsasiMall akan menjual kelengkapan rumah seperti mangkuk tingkat, periuk, pinggan mangkuk dan seleksi pakaian termasuk jubah Abaya dari Dubai.

"Dengan penyertaan rakan artis, siapa tahu karnival jualan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang." kata Fadzil yang memberitahu AsasiMall ditubuhkan oleh bekas pelajar Universiti Malaya yang aktif menceburi perniagaan dalam talian.

Katanya, oleh kerana dia sendiri begitu dekat dengan artis, peluang berniaga dalam talian ini turut dibuka kepada golongan seni yang mencari pendapatan sampingan.

"Untuk membeli barang yang dijual boleh layari www.asasimall.my atau muat turun aplikasi AsasiMall di Google Play atau App Store.

Boleh juga ikuti perkembangan di Instagram rasmi @asasimall2020 atau hubungi talian 0196190427," katanya.

Sementara itu, Che Ta pula aktif akan melakukan melakukan jualan cuci gudang pada karnival jualan itu.

Pelbagai barangan seperti tas tangan, baju Melayu, tudung, shawl dan pakaian preloved milik Che Ta akan dijual dengan harga istimewa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 10:18 PM