PENGUNDI berpakaian kostum Power Rangers White Tigerzord yang mengundi di Penampang menjadi tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca
PENGUNDI berpakaian kostum Power Rangers White Tigerzord yang mengundi di Penampang menjadi tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca
Nazlie Zainul


Penampang: Seorang pengundi menarik perhatian ramai apabila mengenakan kostum adiwira 'Power Rangers' ketika menunaikan kewajipannya di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini, hari ini.

Pengundi terbabit dilihat mengenakan kostum White Tigerzord satu daripada watak dalam Power Rangers.

Dia dilihat tenang menunggu gilirannya sebelum mengundi dan kehadirannya menjadi tumpuan di beberapa platform media sosial.

Malah, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut berkongsi gambar White Tigerzord di laman media sosial dengan keterangan 'Tahniah, White Tigerzord, kerana tidak melupakan pelitup muka'.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 3:32 PM