KONKRIT penghalang jalan dipasang di beberapa laluan masuk di tiga zon iaitu Kenanga, Melor dan Mawar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Ambangan Heights, Amanjaya, baru-baru ini. FOTO DANIAL SAAD

Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Zon Melor di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, ditamatkan pada hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melor dilanjutkan bermula 14 September lalu dan ditamatkan hari ini sebagaimana dijadualkan.

"Penamatan ini dibuat selepas tiada penambahan kes baharu positif Covid-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari iaitu sejak 14 September lalu.

"Sebanyak 4,931 sampel diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif Covid-19 kekal 13 kes seperti direkodkan pada 13 September lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 2:57 PM