GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan penularan mesej di media sosial mendakwa daerah Kulai diisytihar zon merah berikutan 41 kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu berkata, berita itu tidak benar.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih bagi mengelak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan media di Facebook rasmi JKNJ, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Kulai diisytihar zon merah.

Semakan mendapati berita itu pernah disiarkan pada April lalu dan bukan berita terbaru berkaitan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 8:16 PM