DATUK Nazri Ngah. FOTO Ihsan FB Nazri Ngah.
DATUK Nazri Ngah. FOTO Ihsan FB Nazri Ngah.
Asrol Awang

Kuantan: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang, Datuk Nazri Ngah yang dikehendaki menjalani ujian kedua menerusi PCR (Polymerase Chain Reaction) semalam, disahkan negatif Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan negatif itu disahkan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah, hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau turut dimaklumkan semua mereka yang berada berhampiran Nazri sebelum ini, tiada berdepan risiko dijangkiti virus itu.

"Namun, saya merayu orang ramai supaya meneruskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita tidak boleh sekali-kali alpa kerana wabak pandemik Covid-19 masih berada dalam komuniti dan kita wajib berwaspada serta berusaha untuk membendung dan mengatasinya, " katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 9:36 AM