Bung memasukkan kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Menteri Kerja Raya Sabah. FOTO Malai Rosmah Tuah
Bung memasukkan kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Menteri Kerja Raya Sabah. FOTO Malai Rosmah Tuah
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Seri Bung Moktar Radin tiba di perkarangan bangunan Kementerian Kerja Raya Sabah, sebentar tadi.

Ketibaan Bung sekitar jam 9.55 pagi disambut Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil dan kakitangan kementerian.

Bung seterusnya ke pejabat Cawangan Projek Bangunan untuk memasukkan kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu.

Beliau turut menghadiri taklimat bersama kakitangan kementerian serta jabatan.

Terdahulu, Bung mengangkat sumpah bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri l dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Istana Negeri.

Bagaimanapun, tiga jam portfolio Bung ditukar kepada Menteri Kerja Raya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 10:33 AM