Bermula hari ini orang ramai menggunakan aplikasi mudah alih e- Wallet, Boost, EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash untuk membayar tempat letak kereta bahu jalan di kawasan DBKL.Pihak DBKL menggunakan aplikasi mudah alih bagi menggantikan penggunaan mesin untuk memudahkan orang ramai membayarnya. FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN

BERNAMA

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menggunakan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di ibu negara mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir, semalam.

Kenyataan itu turut memaklumkan DBKL sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan e-dompet Boost dan Touch n Go bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.

"Pada ketika ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.

"Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan, semalam.

Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 1:45 PM